Usianya masih terlalu muda ketika didedahkan dengan kerlipan glamor dan masih tercari-cari identiti. Kerapuhan dirinya menyebabkan dia tidak tahu membuat keputusan bijak apatah lagi mengenal selok-belok industri.
Tiada pengurusan yang stabil sekali gus mematahkan semangatnya untuk bergiat aktif di arus perdana sehingga memaksa penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 5 (AF5) ini pulang ke kampung halamannya di Sabah.
Candra Clement atau Candy, 24, bagaimanapun bukan menoktahkan terus impiannya bergelar penyanyi sebaliknya terus mencuri peluang di sana baik tawaran kecil sekalipun kerana kecintaannya kepada muzik.
Dalam proses itu, perlahan-lahan dia mula belajar dengan industri hiburan ini dan menempuhi pelbagai pengalaman termasuk ditipu. Namun, semua itu jadikan pengajaran.
Yang jelas, dia bukan lagi Candy yang rapuh dan kurang celik mengenai mainan industri seperti sebelum ini kerana sudah melalui fasa ‘pembelajaran’, kematangan dirinya semakin terserlah.
No comments
Post a Comment