WASHINGTON - Fosil seekor nyamuk betina yang menunjukkan perutnya mengandungi darah dan berusia 46 juta tahun telah ditemui di tebing sebatang Sungai Montana, kata beberapa penyelidik Amerika Syarikat kelmarin.
"Ia merupakan fosil yang amat luar biasa tetapi ia satu-satunya yang terdapat di dunia ini," kata ketua penulis kajian mengenai fosil tersebut, Dale Greenwalt.
Dia menulis tentang fosil tersebut di dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.
Dalam jurnal itu, Greenwalt berkata, perut nyamuk tersebut kelihatan seperti sebiji belon yang mahu meletup kerana ia mengandungi darah.
Fosil itu ditemui pada sebuah batu lumpur di tebing sungai tersebut.
Greenwalt merupakan pengkaji dari Muzium Kebangsaan Sejarah Semula Jadi Amerika Syarikat di Washington D.C.
Sejak bertahun-tahun lalu, dia telah mengumpulkan serpihan batu dari tebing sungai tersebut.
"Batu-batu itu mempunyai lapisan yang nipis iaitu setebal satu atau dua milimeter," kata Greenwalt. - Agensi
No comments
Post a Comment