DEMI meluangkan masa bersama keluarganya, penyanyi terkemuka
Hollywood, Rihanna telah membeli sebuah villa bernilai USD22 juta di
tempat kelahirannya, Barbados.
Menurut laporan The New York Post, penyanyi yang kini sedang sibuk
dengan sesi jelajah dunia ‘Diamonds’ itu telah membeli sebuah villa
tepian laut mewah di One Sandy Lane, di mana salah satu kediaman di situ
turut dimiliki oleh Simon Cowell.
Villa yang dikatakan bernilai USD90 juta itu hanya dijual pada harga USD21.8 juta.
Tambah menarik, villa tersebut terletak di tepian pantai berhampiran hotel lima bintang terkemuka, Sandy Lane Hotel.
Menurut sumber, Rihanna membuat keputusan membeli villa tersebut selepas menyewa di situ tahun lepas.
Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Fenty akan pulang ke rumahnya setiap kali bercuti dan akan meluangkan masanya bersama keluarga.
Tambah sumber, Rihanna bercadang untuk meluangkan lebih banyak masa di Barbados bersama ibunya, Monica Braithwaite dan datuknya, Lionel Braithwaite.
Villa tersebut mempunyai lima bilik tidur serta bilik air, lobi mewah serta tangga berputar, beberapa beranda menghadap laut, kolam renang yang besar, gimnasium persendirian, dan 24 jam kawalan keselamatan yang diuruskan oleh kakitangan Sandy Lane Hotel.
Bukan itu sahaja, menurut The New York Post, Rihanna juga bercadang untuk membeli sebuah apartment di Manhattan, New York.
Dia menyatakan hasratnya itu ketika dia berada di bandar itu bulan lalu sempena siri jelajah dan Minggu Fesyen.
Pengurus Rihanna, Jay Brown telah mula mencari-cari apartment mewah di bandar itu.
No comments
Post a Comment