Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » MCTC Gesa Kerajaan Naikkan Lagi Cukai Rokok
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

MCTC Gesa Kerajaan Naikkan Lagi Cukai Rokok

KUALA LUMPUR – Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) memuji tindakan kerajaan menaikkan cukai rokok yang menyebabkan peningkatan harga rokok di pasaran baru-baru ini.

Timbalan Presidennya, Dr. Mymoon Alias berkata, langkah itu selaras dengan hasrat murni untuk membebaskan negara ini dari bahaya asap rokok.

“Bagaimanapun MCTC berpendapat kadar cukai yang dikenakan itu belum lagi mencapai matlamat dan perlu dinaikan lagi.

“Matlamat yang dimaksudkan adalah mengenai Rangka Kerja Konvensyen mengenai Kawalan Tembakau (FCTC) berhubung langkah-langkah harga dan cukai terhadap kawalan tembakau dan hasil tembakau,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mymoon dalam pada itu membidas syarikat tembakau kerana membantah kenaikan itu kerana syarikat berkenaan menjana begitu banyak keuntungan melalui penjualan rokok selama ini.

Katanya, syarikat yang mempunyai kepentingan dalam penjualan rokok tidak wajar melemparkan tohmahan terhadap tindakan kerajaan yang cuba melindungi kesihatan rakyat daripada ancaman bahaya asap rokok.

Beliau turut menggesa supaya satu akta induk iaitu Akta Kawalan Tembakau dibentangkan di Parlimen Malaysia untuk diluluskan bagi menangani gejala merokok dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kata beliau, akta itu akan menutup pelbagai kelompongan yang wujud dalam menangani penjualan hasil tembakau yang diseludup dengan melesenkan semua perniagaan yang menjual hasil tembakau

“Perlesenan jualan hasil tembakau dapat membanteras amalan buruk seperti penjualan rokok kepada bawah umur dan sebagainya,” katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments