Dalam pada keadaan tengah kecoh mengenai kisah putus cinta antara
Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose, akhirnya OHBULAN! mendapat perkhabaran
yang lain pula.
Sebelum ini terdapat beberapa artikel yang mengatakan Pekin
memutuskan hubungan dengan bakal isterinya itu gara-gara orang ketiga
iaitu Sharnaaz Ahmad.
Namun kami berjaya menghubungi Pekin sendiri hari ini dan menurut pelakon itu, apa yang terjadi hanyalah sekadar salah faham.
“Sebenarnya semua ni salah faham je. Beberapa hari lepas,
saya dapat tahu Uqasha ada berjumpa dengan Sharnaaz. Bila tahu macam tu,
saya bengang la. Saya terus tak angkat panggilan telefon dari Uqasha.
Siapa yang tak marah kalau dapat tahu kekasih kita keluar dengan orang
lain.
“Tapi bila saya berjumpa dengan Sharnaaz semalam, barulah
saya dapat tahu yang mereka sebenarnya tengah rancang surprise birthday
party untuk saya. Dan kebetulan masa itu, mereka juga sedang terlibat
dengan sebuah penggambaran.
“Bila saya tahu perkara sebenar, saya minta maaf pada Uqasha dan sekarang ni hubungan kami seperti biasa,” katanya.
Menurut Pekin lagi, perkara menjadi di luar kawalan apabila ada pihak
yang gemar menokok tambah dan mengambil kesempatan di atas apa yang
berlaku.
Dan disebabkan salah faham itu jugalah, rancangan untuk menyambut
hari lahirnya yang bakal jatuh pada 26 Oktober 2013 tidak akan menjadi
kenyataan.
Ditanya sama ada benar Pekin seorang yang panas baran seperti yang
didakwa Uqasha, pelakon ini pantas menafikan perkara tersebut.
“Saya tak salahkan Uqasha apabila dia keluarkan kenyataan macam tu.
Saya sebenarnya susah nak marah, tapi bila isu ni menyentuh soal orang
yang saya sayang, mestilah ada terdetik perasaan yang kurang senang kan.
Tapi saya bukanlah jenis yang suka memukul perempuan dan naik tangan
apabila marah,” ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama, Pekin turut menyatakan bahawa dakwaan
mengenai pembatalan perkahwinannya yang bakal berlangsung pada bulan
Oktober tahun hadapan adalah tidak benar sama sekali.”Saya tak pernah
keluarkan kenyataan mengenai itu. Kami masih merancang untuk ke jinjang
pelamin,” katanya.Pekin turut menjelaskan bahawa mereka masih belum
bertunang dan berkemungkinan besar akan mengikat tali pertunangan
beberapa jam sebelum bernikah.
Uqasha yang dihubungi pula enggan mengulas lanjut mengenai perkara
ini dan menganggap apa yang terjadi sebagai dugaan pasangan yang ingin
berkahwin. – Ohbulan
No comments
Post a Comment