Rio de Janeiro – Pertandingan ratu
cantik maknyah, Miss Trans Brazil 2013 telah mencetuskan kontroversi
kerana pemenang akan menerima hadiah utama iaitu menjalani pembedahan
tukar jantina di Thailand.
Hadiah itu pertama kali diperkenalkan oleh penganjur iaitu Persatuan Transgender Rio de Janeiro (RIO ASTRA).
Hadiah pertandingan itu menjadi kontroversi kerana pembedahan menukar jantina di Brazil adalah menyalahi undang-undang.
Bagaimanapun RIO ASTRA mempertahankan
tindakannya itu dengan menyatakan bahawa mereka tidak menawarkan hadiah
menukar jantina secara langsung sebaliknya pemenang diberikan pilihan.
“Kita memberikan hadiah itu sebagai baucer dan pemenang pula mempunyai pilihan untuk menggunakan wang itu di Thailand.
“Mereka boleh menjalani pembedahan pertukaran jantina atau melakukan pembedahan plastik,’’ kata jurucakap persatuan itu.
Jelasnya, jika pemenang mahu menjalani
pembedahan tukar jantina, maka pihaknya akan memberikan kaunseling
kepada mereka selama setahun.
Pemenang Miss Trans ini akan dipilih
untuk mewakili Rio pada pertandingan peringkat nasional sebelum mereka
bertanding pada Miss Universe Transgender 2014.
Seramai 19 maknyah mengambil bahagian dan mereka terdiri daripada pekerja salon, jurumekap artis dan model.
Miss Trans ini dimenangi oleh Raiica Ferraz, 21 tahun dan bekerja di salon rambut.
Jelasnya, dia tidak akan menjalani pembedahan tukar jantina, kerana telah menggunakan pil hormon.
Ferraz memberitahu, sejak kecil nalurinya adalah untuk menjadi wanita dan pada usia 17 tahun, dia telah memakai pakaian wanita.
“Semua orang terkejut dan saya menjadi perhatian. Namun saya memutuskan bahawa ini yang saya ingin lakukan,’’ katanya.
No comments
Post a Comment