Walaupun sebelum ini dirinya pernah digelar sebagai seorang kaki
perempuan, namun kali ini kelihatannya seperti John Mayer, 36, begitu
serius untuk membawa perhubungannya dengan Katy Perry, 29, ke fasa
perkahwinan.
Menurut sumber terdekat dengan pasangan ini, mereka betul-betul
komited di antara satu sama lain dan sudah merancang untuk bertunang
dalam jangka masa terdekat.
“Semua orang kini hanya menunggu masa sahaja bila John akan melamar Katy,” kata sumber tersebut kepada US Weekly.
Menurut sumber itu lagi, John dan Katy memang tidak dapat dipisahkan
apabila akan sentiasa Skype dan berhubung melalui telefon sekiranya
mereka jauh di antara satu sama lain.
Katy sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan
pelawak Russell Brand pada 2010 dan bercerai 14 bulan kemudiannya.
Sementara itu, John pernah dikaitkan bercinta dengan ramai wanita
cantik Hollywood antaranya Taylor Swift, Jennifer Aniston dan Jessica
Simpson.
No comments
Post a Comment