Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Victoria Bekham Didakwa Bersifat Perkauman~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


NEW YORK - Selebriti terkenal, Victoria Beckham didakwa mengamalkan sifat perkauman apabila tidak menggunakan model dari pelbagai warna kulit pada pertunjukan fesyennya baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Baju-baju rekaan bekas ahli kumpulan Spice Girl itu tampil sebanyak dua kali dalam senarai pereka-pereka fesyen yang disusun oleh model terkenal Iman dan Naomi Campbell.
Kedua-dua model berkulit hitam itu kemudian mendakwa, mereka berasa bersalah kerana tindakan Victoria yang berbaur perkauman.
Isteri kepada bekas pemain bola antarabangsa, David Beckham itu memaparkan kedua-dua koleksi Minggu Fesyen New York yang berlangsung pada minggu lalu dan hanya seorang model bukan berkulit putih memperagakan rekaannya.
Iman dan Campbell menyertai bekas model, Bethann Hardison untuk mewujudkan Gabungan Kepelbagaian yang menekankan mengenai prejudis perkauman dalam dunia fesyen.
"Tidak menerima model lain berdasarkan warna kulit mereka, jelas berada di luar kawalan estetik apabila ia diselaraskan dengan jenama pereka fesyen.
"Sama ada ia keputusan pengarah pereka, jurugaya atau pengambilan, tindakan menggunakan semua model kulit putih menunjukkan sifat yang tidak patut kepada masyarakat moden," kata Iman.
Dalam perkembangan sama, kumpulan profesional fesyen telah menghantar surat terbuka kepada majlis Minggu Fesyen untuk menyenaraikan pereka fesyen yang menampilkan seorang atau tidak langsung menggunakan model berkulit hitam, termasuklah Victoria Beckham. - Agensi




About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments