Biarpun zaman kegemilangan Kurt Cobain bersama Nirvana berlalu singkat selepas menembak mati dirinya pada 1994, impak yang ditinggalkannya cukup hebat.
Hingga kini, kumpulan yang diasaskan penyanyi dan pemain gitar lagenda itu masih berpengaruh dalam muzik rock dunia.
Sempena ulang tahun ke-20 band itu, Nirvana bakal melancarkan semula album ketiga mereka, In Utero dengan menyelitkan sebuah lagu baru berjudul Forgetten Tune.
Difahamkan, pada sambutan itu, mereka akan tampil dengan persembahan istimewa. Berita gembira ini diakui pemain bassnya, Krist Novoselic yang juga pengasas bersama Nirvana yang ditubuhkan di Washington pada 1987.
“Kami terjumpa semua lagu yang ditulis kira-kira 25 tahun lalu. Pada mulanya saya tidak ingat lagu ini dihasilkan. Rupa-rupanya ia digarap setahun selepas Nirvana direalisasikan,” katanya.
Dedah Krist lagi, dia memberikan tajuk Forgetten Tune secara tidak sengaja.
“Selepas bingung mencari judul sesuai, tiba-tiba terpacul di bibir ungkapan itu hingga terus dijadikan tajuk lagu,” katanya.
No comments
Post a Comment