SEORANG lelaki dari Utah kelihatan normal dan tidak gemuk mahupun
obes tetapi beliau cukup meminati menu makanan segera McDonald’s iaitu
BigMac sejak tiga dekad lalu yang dikatakan menggemukkan.
Sepanjang tempoh itu, beliau sudah pun memakan kira-kira 12,000 burger Big Mac yang cukup disukainya.
Dennis Rosinlof mula memakan Big Mac sejak mula berkerja sebagai seorang jurujual 30 tahun lalu.
Dalam tempoh 20 tahun sebelum ini, beliau yang juga seorang veteran
tentera Perang Vietnam memakan 10 burger berkenaan seminggu dan padanya
masih tidak mencukupi.
Beliau makan satu pada Isnin ketika pulang dari kerja, dua pada
Selasa ketika pergi dan pulang kerja, satu Big Mac untuk sarapan pagi
pada Rabu, dua pada Khamis dan Jumaat dan dua pada hari Sabtu.
Rosinlof hanya berhenti seketika dari memakan Big Mac pada hari Ahad
kerana isterinya memasak makanan untuk sekeluarga pada hari itu.
Rosinlof menganggarkan sudah membelanjakan US$60,000 kira-kira RM195,360 untuk BigMac sejak mula memakan burger dua tingkat itu.
Sudah pasti bagi seseorang yang memakan makanan segera enam hari
seminggu pasti bersaiz besar dan gemuk tetapi tidak bagi Rosinlof yang
bentuk badannya tegap dan ideal.
Dengan ketinggian 1.82 meter, berat hanya 74.8 kg dan paras
kolesterol di bawah 200, isterinya seorang jururawat dan anaknya
sentiasa menasihati lelaki itu agar makan dengan lebih sihat.
Bagaimanapun, apabila melihat tabiat memakan Big Mac tidak
menjejaskan kesihatan lelaki itu keluarganya berhenti dari terus
menasihatinya.
Satu hidangan Big Mac mengandungi 930 kalori, jika beliau makan dua
kali sehari Dennis tidak akan melebihi jumlah kalori yang sepatutnya
diambil iaitu 2,000 kalori.
Rosinlof hanya makan Big Mac dan tidak mengambil makanan kurang berkhasiat yang lain.
“Saya sentiasa melihat untuk pergi ke McDonald’s pada setiap masa
untuk memakan Big Mac, saya menikmati setiap saat kerana burger itu
sungguh lazat dan saya dapat makan benda yang sama setiap hari,”
katanya.
Walaupun lelaki yang dikenali sebagai Utah Man itu sudah pun memakan
12,000 Big Mac tetapi rekod dunia untuk kategori itu dipegang oleh Don
Gorske yang sehingga kini telah pun memakan kira-kira 25,000 burger Big
Mac.
No comments
Post a Comment