Selepas kemelut mengenai rumah tangga
selesai beberapa minggu lalu, pelakon jelita Rita Rudaini telah
mengambil kesempatan membawa kedua orang heronya bercuti di sebuah pulau
di Sabah, baru-baru ini.
Pelbagai aktiviti air seperti selam
skuba dan snorkeling dilakukan Rita bersama anak-anaknya iaitu Airit
Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2 tahun.
Rita dipercayai bercuti di Pulau Kipalai, Sipadan bermula dari Selasa lalu.
Mungkin percutian ini adalah salah satu
terapi yang bagus untuk Rita melupakan segala permasalahan yang pernah
melanda dirinya sebelum ini.
Diharapkan pelakon kelahiran Perlis ini
tidak lagi memandang masa silamnya serta terus cekal dalam membesarkan
cahaya matanya sehingga berjaya di dunia dan akhirat kelak.
Apa-apa pun jom layan dulu gambar pemandangan cantik yang sempat dikongsikan Rita sepanjang percutian singkatnya itu.
No comments
Post a Comment