Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lelaki Miliki 850 Ekor Ular Ditangkap Pihak Berkuasa
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Richard Parrinello

SHIRLEY, New York (AS) – Seorang pegawai kawalan haiwan menyimpan beratus-ratus ekor ular termasuk dua ular sawa Burma sepanjang 1.8 meter di rumahnya yang dijadikan premis perniagaan haiwan secara haram, kata pihak berkuasa kelmarin.

Beberapa pegawai berkata, terdapat 850 ekor ular bernilai AS$500,000 (RM1.6 juta) di dalam garaj di kediaman Richard Parrinello di sini termasuk dua ular sawa Burma berkenaan.

Ular sawa Burma diharam dipelihara oleh orang perseorangan di negeri New York.
“Terdapat sebab mengapa ular sawa Burma diharamkan,” kata Ketua Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) Daerah Suffolk, Roy Gross.

Menurutnya, reptilia itu pernah membunuh manusia seperti yang berlaku kepada dua kanak-kanak lelaki di New Brusswick, Kanada pada bulan lalu.

“Mereka dibunuh ular sawa batu Afrika semasa sedang tidur pada bulan lalu,” katanya.
“Ular sawa Burma lebih merbahaya kerana ia boleh membesar sehingga sepanjang 9 meter,” tambah Gross.

Jurucakap bandar Brookhaven, Jack Krieger berkata, Parrinello bekerja secara tidak tetap sebagai pegawai kawalan haiwan di bandar berkenaan sejak 1988.

Pihak berkuasa menemui ular-ular itu semasa melakukan siasatan sama ada Parrinello bekerja ketika bercuti panjang atas sebab kurang upaya fizikal.

Pihak berkuasa mendapati Parrinello mempunyai hidupan liar bernilai AS$500,000 termasuk ular, kura-kura dan telur kura-kura di garajnya selepas seminggu intipan dilakukan.

Parrinello menghadapi beberapa tuduhan memiliki ular secara haram dan menjalankan perniagaan di rumah tanpa permit.

Semua haiwan tersebut turut dirampas. – AP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments