Seekor kucing yang hidup ketika zaman
pentadbiran Margaret Thatcher sebagai Perdana Menteri Britain kini
menunggu masa untuk memegang gelaran kucing paling tua hidup di dunia
kerana ia bakal menyambut hari lahirnya yang ke-28.
Kucing itu yang bernama Cola, jika
dikira berdasarkan umur kucing bersamaan dengan 140 tahun dan ia
dimiliki oleh seorang wanita Mary Goldsmith yang kini berumur 66 tahun.
Jika umur Cola disahkan, Cola akan
memegang gelaran rasmi dari Guinness World Records sebagai kucing paling
tua hidup di dunia merampas gelaran itu dari Pinky kucing yang berumur
23 tahun yang dilahirkan pada 31 Oktober 1989 yang tinggal di Kansas
Amerika Syarikat bersama pemiliknya Linda Anno.
Cola yang tinggal di Orpington di Kent, dilahirkan pada tahun 1985 menurut pemiliknya menjadikannya kucing paling tua.
Di Britain ada seekor lagi kucing
dikatakan berumur 27 tahun bernama Wadsworth seekor kucing dari
Bedfordshire menyambut hari lahirnya pada Mac lepas adalah kucing tertua
di Britain selepas Cola.
Bagaimanapun, sehingga hari ini Wadsworth tidak memiliki sebarang rekod rasmi miliknya.
No comments
Post a Comment