Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Farid Kamil Rahsiakan Identiti Anak Sulung Mereka~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Farid Kamil Rahsiakan Identiti Anak Kerana Program TV

PELAKON dan pengarah filem, Farid Kamil terpaksa merahsiakan nama serta identiti lain anaknya disebabkan terikat kontrak untuk sebuah rancangan terbitan stesen televisyen Astro.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 32, berkata, dia diarahkan oleh stesen televisyen itu agar berbuat demikian kerana pihak berkenaan mempunyai perancangan khas untuk memperkenalkan bayinya kepada umum.

“Sebenarnya bukan saya tidak mahu memperkenalkan anak saya kepada umum tetapi terikat dengan kontrak untuk sebuah program eksklusif di Astro yang berhasrat memperkenalkan anak saya dalam sebuah rancangan khas.

“Bagaimanapun saya belum pasti bila program itu bakal diadakan kerana ia masih dalam perbincangan di antara pihak pengurusan saya dengan stesen TV berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas majlis tayangan perdana filem Dampak di e@Curve di sini pada Khamis.

Anak sulung hasil perkongsian hidupnya dengan aktres Diana Danielle itu dilahirkan pada 2 Julai lalu di sebuah hospital di Sydney, Australia.

Pasangan itu melangsungkan pernikahan pada 3 November tahun lalu dalam sebuah upacara ringkas di Hotel Flamingo by The Lake, Ampang, dekat sini.

Dalam perkembangan sama, Farid berkata, pada majlis itu nanti dia ingin mengadakan majlis aqiqah dan khatam Al-Quran oleh isterinya dan tidak akan mengadakan majlis potong jambul seperti kebiasaan.

“Selalunya orang akan buat majlis cukur jambul tapi saya dan Diana hendak buat sedikit kelainan dengan mengadakan khatam Al-Quran dan majlis itu akan diadakan di kampung halaman saya, Alor Setar, Kedah,” katanya.

Dalam pada itu, Farid turut memberitahu, isterinya telah kembali ke tanah air pada akhir Ramadan lalu dan kini sedang menghabiskan tempoh pantangnya selama 100 hari di Alor Setar.

Kata Farid, Diana kini sudah semakin pulih selain tidak kekok menjaga anak mereka.
“Jiwa Diana sebagai seorang ibu sangat kuat dan dia langsung tidak kekok menguruskan anak kami yang masih kecil selain sedang berusaha mengembalikan bentuk tubuh asalnya.
“Malah jika tiada sebarang aktiviti di Kuala Lumpur saya juga akan balik ke kampung untuk menjenguk isteri dan anak,” ujarnya.

Sementara itu, Farid berkata, filem Dampak sangat mencabar buatnya kerana melakukan sendiri semua aksi ngeri tanpa bantuan pelagak ngeri sehingga menyebabkan tempurung lutut kirinya retak akibat terjatuh ketika menjalani penggambaran.

Filem arahan Lai Yuk Long itu turut menampilkan pelakon seperti Aaron Aziz, Intan Ladyana, Juliana Evans, Michael Chin dan Cat Farish.

Ia bakal menemui penonton di pawagam pada 19 September ini. – mStar

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments