Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai membawakan lagu Deeper Conversation diiringi mainan muzik gitaris tersebut.
Yuna dan Mike turut bergandingan menerusi lagu Incubus sendiri berjudul I Miss You dan Mr. Musician.
Penampilan istimewa itu dibuat pada pertengahan konsert berlangsung.
"Saya tidak memberitahu anda tentang perkara ini tetapi saya ada membawa tetamu khas dari Amerika.
"Malam ini dia akan mengiringi beberapa lagu yang saya persembahkan," kata Yuna sebelum memperkenalkan Mike kepada penonton.
Tambah Yuna, Mike ingin bekerjasama dengannya selepas menonton persembahannya di laman YouTube dan ketika itu dia tidak menyangka bahawa ada pemuzik antarabangsa yang menghargai karyanya.
Dalam pada itu, Mike turut mengiringi Yuna menerusi lagu I Wanna Go.
Sementara itu, pengalaman menetap di Amerika Syarikat selama tiga tahun ternyata memberikan impak yang besar buat Yuna apabila dia berjaya memukau penonton yang hadir pada konsert berkenaan.
Mengenakan gaun rona merah jambu rekaan Hatta Dolmat, Yuna atau nama membuka tirai mempersembahkan lagu DecorateFavourite Thing, Young dan Gadis Semasa.
Penyanyi yang kini menjadi artis syarikat rakaman antarabangsa milik David Foster, Verve Records ini cukup bertenaga mempersembahkan lagu-lagu hitnya dengan 'mood' pentas yang santai, dipenuhi lampu pada setiap tempat duduk pemuzik orkestra.
Lagu-lagu lain yang dipersembahkan ialah Coffee, Photo Of You, Memo, Terukir di Bintang, Fear And Frustrations serta Penakut.
Yuna turut mendendangkan koleksi lagu popular idolanya, Seniman Tan Sri P. Ramlee iaitu Gelora Jiwa.
Bagi memberi impak kelainan, Yuna turut membawa sekumpulan anak muda mempersembahkan muzik 'stempe'.
Bagi mengakhiri persembahannya pada malam itu Yuna menyanyikan lagu yang kini hangat dimainkan di radio berjudul Lelaki.
Konsert tersebut akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat (hari ini) hingga Ahad.
No comments
Post a Comment