LAPORAN Harian Metro hari ini menyebut, pelakon popular tanah air
bakal berdepan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya
jika siasatan mendapati dia bersalah terhadap dakwaan menghantar gambar
alat sulitnya melalui aplikasi Whats App Mesengger (WhatsApp) kepada
seorang wanita berstatus isteri orang.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asissten Komisioner Ruslan
Hassan berkata siasatan kes itu mengikut seksyen 509. Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun semua hanya boleh ditentukan mahkamah.
“Setakat ini siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan juga masih
belum dihantar kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya”, katanya.
Pada masa sama Ruslan berkata pihaknya masih menunggu laporan
analisis yang dibuat terhadap telefon bimbit milik wanita lingkungan
30-an terbabit.
“Telefon bimbit itu disita sebelum dihantar ke makmal forensik untuk
dianalisis bagi membantu siasatan kes ini. Kami masih menunggu hasil
analisis berkenaan bagi proses selanjutnya.
Berdasarkan satu laporan polis seorang lelaki dipercayai suami kepada
wanita terbabit, pelakon itu kononnya di dakwa menghanar gambar
berkenaan melalu WhatsApp kepada isteri pengadu.
Pengadu yang juga ahli perniagaan berusia 56 tahun mendakwa pelakon
ini berkomunikasi dengan isterinya sejak penghujung Julai lalu dan
berlarutan sehingga Ogos lalu.
Suami wanita itu dikatak menemui perbualan pelakon berkenaan dengan
isterinya selalin gambar terbabit sebelum melaporkannya di balai Polis
Skudai. Manakala si pelakon pula turut membuat laporan di Balai Polis
Wangsa Maju mendakwa dia diugut seseorang.
No comments
Post a Comment