Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Inilah Gambar Pertama Yang Dimuat Naik Ke Internet!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Ibu Segala Gambar Dalam Internet!

Apa yang anda lihat di bawah ialah gambar pertama yang dimuat naik ke internet. Tanggal 18 Julai yang akan datang ialah ulang tahun ke 20 gambar ini menjadi imej yang pertama yang boleh dilihat oleh pengguna internet. Ia gambar sebuah kumpulann nyanyian wanita yang diberi nama Les Horribles Cornettes. Kumpulan muzik ini terdiri dari pekerja dan aweks pekerja di makmal terkenal CERN (Organisation Européenne pour la Recherche Nucléaire). Jika pengetahuan sejarah anda agak lemah, Internet dicipta oleh Sir Tim Berners-Lee di CERN. CERN juga menjadi lokasi terletaknya Large Hadron Collider yang baru-baru ini mengumumkan penemuan "Partikel Tuhan" Higgs's Boson.

Les Horrible Photoshoppes?

Kembali ke cerita gambar pertama di Internet. Gambar kumpulan nyanyian wanita ini diambil olehSilvano de Gennaro seorang pembangun IT di CERN yang juga merangkap pengurus kumpulan Les Horribles COrnettes. Gambar diambil menggunakan kamera Canon EOS 650 yang kemudian diedit menggunakan Photoshop untuk digunakan sebagai muka hadapan CD pertama kumpulan Cornettes.

Gambar - Silvano de Gennaro dan OES650

Jadi mengapakah gambar ini dipilih menjadi gambar pertama dimuat naik ke Internet? Tak ada gambar lagi senonohkah? Jawapannya ialah Sir Tim Berners-Lee ialah salah seorang peminat kumpulan Les Horribles Cornettes. Gambar ini dipilih oleh Bapa Internet secara rawak oleh beliau and the rest is history!

Laporan asal Motherboard

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments