Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Farawahida Berdebar Kahwin Hujung Tahun Ini
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Farawahida Berdebar Kahwin Hujung Tahun Ini
PENYANYI Farawahida mengakui berasa berdebar menantikan detik perkahwinannya yang dijangka pada Disember tahun ini.
Farawahida, 28, berkata, majlis pernikahan akan berlangsung di Taiping, Perak manakala acara bersanding akan diadakan pada sebelah malam.
“Saya dan kekasih sudah lapan tahun bersama, jadi kami rancang untuk kahwin terus tanpa perlu mengikut adat untuk merisik atau bertunang.
“Bagaimanapun saya tetap berdebar untuk melalui detik bahagia itu. Doakan kami dijodohkan bersama pada hujung tahun ini ya,” katanya
Tambah pelantun lagu popular Tanpamu itu, buat masa ini dia enggan mendedahkan siapa identiti lelaki tersebut sehinggalah pada hari perkahwinannya nanti.
“Apa yang boleh saya katakan, dia seorang lelaki bukan kepunyaan sesiapa berusia 29 tahun dan kini bekerja di sebuah pusat perubatan.
“Pada masa sama dia juga sudah mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan hartanah pula,” ujarnya.
Beritahu Farawahida lagi, sambutan Aidilfitri pada tahun ini lebih diberi fokus dalam persiapan perkahwinannya selain perlu menjalani kursus perkahwinan di bulan Syawal. – mStar

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments