Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Kursus Ninja Untuk Pelancong Di Negara Jepun (3 Gambar)
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

MASIH ingat tidak ketika zaman kita masih kanak-kanak, kita menonton filem 3 Ninjas. Gaya mereka berlawan menentang watak jahat di dalam filem sememangnya dikagumi.
Kita pada ketika itu mulalah memasang angan-angan untuk beraksi seperti ninja. Jika anda ada wang yang mencukupi, apa kata anda pergi sahaja ke Jepun di bandar Nabari menyertai kursus menjadi Ninja.
Antara kursus yang ditawarkan ialah melintasi sungai dengan menggunakan tali, memanjat tembok kayu dengan senyap dan juga yang paling dinantikan melontar senjata tradisi Ninja, bintang Ninja atau Dart Shuriken.
Kursus itu ditawarkan di bandar Iga bersebalahan Nabari di dalam wilayah Mie, ia adalah pendedahan kepada pelancong yang datang melawat bandar itu sebagai mempromosikan kisah legenda terkenal pada abad ke-15.
Pelancong yang berjaya melepasi kesemua latihan, akan menerima sijil sementara yang gagal boleh melawat lokasi bersejarah ninja antaranya di Iga, kira-kira sejam perjalanan dan menonton persembahan aksi Ninja.
Antara tarikan lain di Iga ialah sebuah lokasi untuk pasangan bercinta yang tidak bahagia dan juga Istana Iga Ueno yang cantik berwarna putih dan juga pelbagai kedai menarik menawarkan manisan dan biskut untuk dibeli dan dibawa pulang. – Mynewshub.my

Sumber rujukan : Daily Mail UK

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments