Dalam perjumpaan media di Rumah Putih, Obama menyindir dengan mengatakan bahawa Putin ibarat seperti anak kecil yang membosankan.
Pertemuan itu dibatalkan oleh AS kerana sikap Rusia yang memberikan suaka sementara kepada bekas anggota CIA, Edward Snowden yang kini menjadi buruan polis AS.
"Kebenarannya adalah bahawa kita berada dalam persefahaman yang sama dan seringkali itu kita sangat produktif," kata Obama, semalam.
Reuters melaporkan, dalam perjumpaan media itu, Obama mengatakan hubungannya dengan Putin bertambah buruk sekaligus membatalkan pertemuan mereka di Moscow.
Sementara itu, penganalisis berpendapat, hubungan AS-Rusia semakin renggang sehingga mencatatkan sejarah hubungan terburuk sejak selepas berlakunya era Perang Dingin.
Menggulas isu ini, Obama dengan santai dan penuh sindiran berkata: "saya fikir hubungan AS-Rusia sentiasa meruncing setelah jatuhnya Soviet Union," katanya
SinarHarian
No comments
Post a Comment