Jenama pakaian sukan luncur yang sudah 40 tahun bertapak, Billabong International Ltd (BBG) kini berdepan berkemungkinan akan ditutup selepas ia mengalami kerugian tiga kali ganda.
Menurut laporan Bloomberg, Billabong yang diasaskan oleh Gordon Merchant pada tahun 1973 telah membantu menaikkan budaya sukan luncur Australia di seluruh dunia, dan telah menyaksikan pasaran Billabong meningkat.
Namun sejak dua tahun lalu, pendapatan syarikat Billabong semakin menyusut setelah beberapa pesaing termasuk Abercrombie & Fitch Co (ANF) mula menguasai pasaran.
Syarikat yang berpangkalan di Gold Coast, Australia itu setakat ini sudah menutup 158 kedai, membatalkan hubungan niaga dengan sepertiga pembekalnya dan mengurangkan 15 peratus kakitangan di bahagian Eropahnya.
No comments
Post a Comment