Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] GAMBAR: Pengerusi NGO Pantau Jenayah Malaysia ‘MyWatch’ Parah Ditembak!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

GAMBAR: Pengerusi NGO Pantau Jenayah Malaysia 'MyWatch' Parah Ditembak!
Seremban – Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R Sri Sanjeevan, 29, parah manakala rakannya terselamat selepas ditembak dua lelaki bermotosikal di simpang Taman Awana Indah, Bahau, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa bersama rakannya, B Ramesh, 35, menaiki kereta BMW warna perak.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, sebaik menghampiri tempat kejadian mangsa yang baru saja mengambil rakannya itu dari taman berkenaan untuk keluar minum di pekan Bahau, dikatakan membuka cermin tingkap sambil menghisap rokok.
“Tiba-tiba muncul sebuah motosikal Yamaha LC dari arah belakang di sebelah pemandu dinaiki dua lelaki dipercayai berbangsa India.
“Pembonceng motosikal berkenaan kemudiannya melepaskan sedas tembakan dari jarak dekat dan mengenai rusuk kanan mangsa sebelum suspek turun dan cuba menghampiri kereta terbabit.
“Bagaimanapun, mangsa yang dalam kesakitan berjaya memecut keretanya manakala kedua-dua suspek dikatakan berpatah balik ke arah Rompin untuk melarikan diri,” katanya.
Hamzah berkata, kira-kira 300 meter dari tempat kejadian, rakan mangsa berjaya memberhentikan kereta itu dan mengalih mangsa ke tempat duduk belakang sebelum memecut ke hospital.
“Setakat ini, tiada saksi mengecam suspek malah mangsa juga tidak mengesyaki sesiapa. Mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Pilah dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.
Menurut Hamzah, polis melakukan siasatan terperinci dari segenap aspek bagi mengetahui motif serangan serta mengesah suspek terbabit.
Katanya, pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) melakukan siasatan dengan diselia pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.
“Saya tidak dapat memberikan komen lanjut kerana siasatan masih dijalankan dan setakat ini belum ada sebarang petunjuk mengaitkan mana-mana pihak dalam kejadian ini.
“Kita membuka siasatan kes ini mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, kerana cubaan membunuh,” katanya.
Sementara itu, media pada Februari lalu melaporkan Sri Sanjeevan membuat kejutan apabila mengeluarkan kenyataan menerusi sebuah laman web mendakwa kononnya dia diancam akan ditembak polis kerana cuba membongkar aktiviti perjudian di Jelebu.
Serentak itu, polis kontinjen negeri menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dakwaan itu. - HARIAN METRO
41e4b8b4a36e37777de420c504360227
igp
sanjeevan1-642x441
GAMBAR: Pengerusi NGO Pantau Jenayah Malaysia 'MyWatch' Parah Ditembak!

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments