Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Beri Peluang MatLuthfi90 Arahkan Filem!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

MatLufti
Ikon video YouTube dari Malaysia yang lebih senang dikenali sebagai MatLuthfi90 sudah agak lama mencipta fenomena di laman video terkenal antarabangsa itu.

MatLuthfi dikenali dengan karya video selamba dan spontan menyentuh isu yang dekat dengan remaja dan masyarakat. Video-video karyanya hampir kesemuanya ditonton lebih daripada 500,000 kali.
Ada juga beberapa videonya yang mencecah seperti video “Drama-Drama Sebelum Kahwin” yang ditonton sebanyak 1,159,836 kali dan Video “Nama Pun Sampah” ditonton sebanyak 1,027,074 kali.
Jika dijumlahkan semua tontonan oleh orang ramai kepada video karya beliau semuanya mencecah 25,043,710 kali. Videonya boleh dikatakan semuanya mempunyai mesej tersendiri yang boleh digunakan sebagai panduan dengan mesej yang berat disampaikan dalam pendekatan yang ringan.
Saya hanya keliru, adakah sesiapa penerbit filem tidak menyedari kehadiran ikon seperti MatLuthfi yang pada saya sudah layak mengarahkan filem di Layar Perak dengan kreativitnya itu menarik anak muda kembali ke landasan yang sewajarnya.
Banyak penonton video MatLuthfi adalah datangnya daripada golongan muda. Daripada berhabis peruntukan wang kepada pengarah cina kontroversi Namewee, lebih elok diberikan peruntukan khas kepada MatLuthfi untuk dihasilkan filem muda yang segar.
Pada saya beliau menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melakukan inovasi besar-besaran. Inilah masanya MatLuthfi diangkat menjadi ikon orang muda Melayu berbanding si Adam Adli yang bangga bila Universiti Pendidikan Sultan Idris menggantung pengajiannya.
Sedangkan ikon seperti MatLuthfi yang merupakan graduan jurusan arkitek dari sebuah universiti di Australia berjaya mengangkay anak muda Kedah ini sebagai simbol golongan muda Melayu yang berjaya.
Tindakan syarikat penerbitan Metrowealth yang sebelum ini mengangkat ikon YouTube Bobo menjadi artis naungan mereka untuk menghasilkan video parody dilihat sebagai sia-sia kerana MatLuthfi lebih punyai potensi menarik jumlah besar anak muda.
Saya menunggu, bilakah sama ada kerajaan, atau penerbit-penerbit filem mana yang berani mempertaruhkan sejumlah wang untuk MatLuthfi menghasilkan filem sulung beliau yang pastinya dinanti-nanti oleh jutaan peminatnya.
Saya ingin menarik perhatian anda kepada karya bertajuk “Sebelah Sayap” oleh MatLuthfi yang memaparkan bagaimana pendekatan murni tetapi memahami mampu mengubah seseorang yang ketagih alkohol sehingga berhenti meminum arak.
Anda tontonlah sendiri karyanya. – mynewshub.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments