Seorang peminat kapal terbang yang obses telah bertindak kreatif dengan menggunakan bilik tidur anaknya untuk membina sebuah mesin simulator juruterbang pesawat Boeing 737 yang hampir serupa dengan kokpit sebenar.
Laurent Aigon berumur 40 tahun dari Lacanau, Perancis menghabiskan masa lima tahun lalu membeli dan mengumpul komponen kokpit Boeing 737 untuk membina simulatornya bersama seorang kawan Jean-Paul Dupuy yang turut mempunyai minat yang sama.
Pasangan itu menghabiskan ribuan Euro untuk memesan barang di internet untuk membina simulator itu yang nampak seakan kokpit sebenar.
Kejayaan membina kokpit itu menarik perhatian Institut Penyelengaraan Kapal Terbang di Lapangan Terbang Bordeaux-Merignac untuk memberi sedikit kuliah tentang pencapaiannya.
Bagaimanapun, kasihan pada anaknya yang terpaksa tidur di sebuah katil di sudut bilik itu selepas saiz simulator itu turut menganggu ruang tidurnya sebelum ini. – mynewshub.my
No comments
Post a Comment