Tanggal 8 Jun lalu pengacara dan pelakon jelita, Yasmin Hani telah terbang ke Bali, Indonesia bersama suami tercinta, Shaarin Razali.
Sepanjang berada di Bali, Yasmin Hani telah sempat berkongsi beberapa foto menariknya menerusi laman Instagram dan melalui foto-foto berkenaan, terdapat sekeping gambar yang menunjukkan suaminya sedang membuat lukisan tatu di bahagian lengan berserta caption berbunyi :
I think i can draw better.. Hahahahaaaaa thx Made Jeffry..
Foto tersebut bagaimanapun telah mendapat pelbagai kritikan serta respon peminat, sehingga ada yang mempertikaikan budaya dan agama suami pelakon itu.
Lukisan tatu inai di lengan suami Yasmin Hani
Bagi menjawab segala kritikan tersebut, dramatis ini telah membalas kata-kata peminat dengan kenyataan berbunyi,
“Salam… Tatto di badan dah pun tanggal semuanya.. Mudah sangat ditanggal.. Saya sendiri pun tak berani sgt nak tegur org. Kalau saya nak tegur saya buat cara private. Wasalam.. Oh one more thing, i pun tak berapa faham sebenarnya, kenapa tok kadi tak tegur sesiapa lelaki yg nak kahwin tak boleh pakai inai ataupun masa kursus nikah tiada satu ustaz ataupun ustazah yg melarang si suami memakai inai??? Hmmm hairan juga saya.
Kerana kita kurang ilmu, mereka pula memberi.. Tapi tidak diterangkan pula masa kursus mahupun masa akad”. - Ohbulan
No comments
Post a Comment