Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Nak Buat Stunt, Sharnaaz Cuba ‘Nak Sogok’ Bade!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Sharnaaz
Sebagai seorang pelakon yang jarang berlakon filem aksi, sudah pasti ia satu cabaran besar untuk melakukan aksi-aksi lagak ngeri. Biarpun berdepan dengan risiko tetapi ia tentunya memberi satu pengalaman berbeza buat mereka yang bergelar pelakon.

Kerana itu bagi Sharnaaz Ahmad, dia sebolehnya tidak mahu mempersia-sia peluang tersebut apabila diberi kesempatan membintangi filem aksi arahan Bade Haji Azmi, Sindiket. Tapi sayangnya menurut Sharnaaz, dia tidak akan diberi kesempatan untuk melakukan aksi-aksi ekstrem.
Namun begitu, tetap berdegil mahu melakukan aksi-aksi lasak sendiri, Sharnaaz memberitahu dia akan sedaya memujuk dan memastikan Bade memberinya kesempatan untuk melakukan aksi-aksi stunt (lagak ngeri) dalam filem tersebut, yang kini sedang menjalani penggambaran di sekitar Sabah.
“Untuk babak berat, babak aksi saya akan mula pada 22hb ni. Tapi abang Bade tak bagi saya buat stunt atas faktor keselamatan. Saya memang suka buat betul-betul. Lebih-lebih lagi aksi. Kalau berlawan tu, lawan betul-betul, biar sakit tu rasa betul-betul.
“Macam mana cara pun, saya akan tetap nak buat walaupun abang Bade tak bagi. Saya akan cuba sogok dia. Saya akan rasuah dia”, selorohnya.
Sharnaaz yang memengang watak sebagai Inspektor Rudy ditemui di lokasi Unit Polis Udara Kota Kinabalu, Sabah, pada Rabu lalu.
Memasuki hari ke-10 penggambaran, kata Sharnaaz karakter polis yang dibawakannya tidak terlalu memberi cabaran besar terhadapnya memandang jiwa polis sudah sebati dalam diri. Begitu pun dia mengakui, bekerja dengan Bade bukan mudah kerana sutradara berkenaan seorang yang sangat teliti dan sangat mementingkan kesempurnaan.
Pinjam Semangat Pakcik
Namun Sharnaaz tidak perlu risau untuk menghidupkan identiti seorang polis kerana kehidupan sebenar, dunia polis bukan lah asing baginya.
“Saya tidak ada masalah besar untuk menhayati watak polis. Dulu saya pernah bawa watak polis marin. Bkan saja polis, tapi saya juga mempunyai ramai kenalan dalam anggota unit beruniform. Lagipun dalam keluarga, pakcik saya bekas anggota polis D7 dan beliau memang pernah ada pengalaman dengan kes human trafficking. Jadi selain buat kajian sendiri, saya ada juga bertanyakan pada beliau serba sikit tentang situasi kes tersebut.
“Kerja dengan abang Bade, nak kata susah tu tak lah susah. Tapi tidak lah senang sangat. Abang Bade ni seoang yang perfectionst. Alhamdullilah setakat ni dia berpuas hati dengan lakonan kami.
“Setakat 10 hari penggambaran ni, belum ada lagi cabaran besar yang saya lalui. Semuanya berjalan lancar. Bergandingan dengan Daphne juga tiada masalah. Kami mudah dapat keserasian. Walaupun dalam cerita ni saya dengan Inspektor Sabrina (Daphne) tidak sependapat, tapi kami dapat potreykan watak masing-masing seperti yang dikehendaki pengarah. Dalam filem ni juga saya cuba mempotreykan yang pasukan polis negara kita sebenarnya adalah pasukan terbaik di Asia Tenggara”, katanya.
Sharnaaz dan Daphne Iking bergandingan dalam filem ‘Sindiket’.Sharnaaz dan Daphne Iking bergandingan dalam filem ‘Sindiket’.
Sindiket membabitkan banyak pihak seperti Unit Pyrotechnic, Angkatan Tentera Darat Malaysia, Angkatan Tentera Laut Malaysia, Angkatan Tentera Udara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Pasukan Gerakan Marin. Selain ia juga menggunakan khidmat pelakon lagak ngeri dan koreografer profesional yang akan mencantikkan lagi pergerakan babak aksi. Filem ini filem isu ‘Human Trafficking’ dan Pemerdangan Manusia.
Selain di Sabah, Sindiket juga menjalani penggambaran di sekitar Pulau Sebatik, Kalimantan Indonesia. Filem terbitan Loyal Studio Sdn Bhd yang menelan belanja RM3 juta ini turut membariskan pelakon hebat lain seperti Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Rashidi Ishak, Tony Eusoff dan Soo Wincci. – Malaysian Digest

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments