Sri Lanka – Seorang pelanggan mencatatkan rekod apabila bil telefonnya mencecah Rs3.2 juta (RM80,000) dengan menggunakan kemudahan perantuan dalam masa kurang 24 jam.
Syarikat telefon bimbit itu mengemukakan aduan terhadap pelanggan itu kepada Biro Siasatan Penipuan Colombo dengan mendakwa suspek mencatatkan jumlah bil yang tinggi dengan menerima 571 panggilan selepas syarikat terbabit menawarkan kemudahan rayauan dengan bayaran RM249.
Peguam pelanggan itu memberitahu mahkamah bahawa kad SIM ditawarkan kepada pelanggannya diberikan kepada seorang anggota keluarga yang menetap di Itali dan anak guamnya tidak pernah menggunakan kad itu.
“Kerana itu, anggota keluarganya perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan itu,” kata peguam.
Bagaimanapun, syarikat terbabit bertegas menyatakan ia menawarkan kemudahan rayauan kepada pelanggan dengan persetujuan pelanggan itu tidak akan menyerahkan kad SIM itu kepada pihak ketiga. – Reuters
No comments
Post a Comment