Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Seorang Sarjan, Dua Koperal Didakwa Bunuh Tahanan Dalam Lokap!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Seorang Sarjan, Dua Koperal Didakwa Bunuh Tahanan Dalam Lokap
KUALA LUMPUR – Tiga anggota polis seorang berpangkat Sarjan dan dua koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh tahanan dalam lokap, N Dhamenderen pada 21 Mei lalu.

Bagaimanapun, Sarjan Jaffri Jaafar, 44, Koperal Nahar Abdul Rahman, 45, dan Koperal Mohd Haswasdi Zamri Shaari, 32, mengangguk kepala dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di depan Majistret Nur Al-Minatul Mardiah Md Nor sebentar tadi.
Kesemua tertuduh didakwa atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.
Mahkamah menetapkan 9 Julai ini untuk sebutan kes dan menunggu laporan bedah siasat.
Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, laporan kertas siasatan sudah diserahkan kepada jabatannya semalam selepas pasukan khas ditubuhkan polis sebelum ini selesai menjalankan siasatan terhadap kematian Dhamenderen.
Beliau berkata, anggota polis yang disyaki terbabit dengan kes kematian tahanan di dalam lokap, Dhamenderen, akan dihadapkan ke mahkamah petang ini atas tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Barita Harian

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments