Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Pekerja Merokok Rugikan Majikan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Pekerja Merokok

Paris – Seorang pekerja yang merokok menyebabkan majikan mereka berbelanja AS$6,000 (RM18,560) lebih setiap tahun berbanding mereka tidak merokok, menurut kajian oleh Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan semalam dalam jurnal Pengawalan Merokok.

Ketidakhadiran kerana masalah kesihatan, produktiviti yang rendah kerana waktu rehat untuk merokok dan kos penjagaan kesihatan tambahan menyebabkan jumlah caj tambahan. “Anggaran terbaik kami untuk kos lebihan tahunan bagi mengambil pekerja yang merokok ialah $5,816 (RM17,998),” kata jurnal itu, diketuai Micah Berman di Kolej Kesihatan Awam dan Kolej Undang-Undang Moritz di Universiti Ohio.
Angka itu mengambil kira bahawa kos persaraan hampir $296 (RM916) lebih rendah untuk pekerja yang merokok kerana mereka berkemungkinan mati pada usia muda berbanding pekerja yang tidak merokok. Ramai majikan di AS mula mengenakan caj pekerja yang merokok dengan premium lebih tinggi untuk insurans kesihatan atau mengisytiharkan mereka hanya mengambil pekerja tidak merokok, kata jurnal itu. Sesetengahnya mengancam memecat pekerja tidak berhenti merokok dalam tempoh masa diberikan.
“Tanpa anggaran tepat kos berkaitan dengan merokok, polisi seumpamanya mungkin tidak wajar,” lapor jurnal itu.
“Anggaran munasabah membenarkan syarikat menganalisis dengan lebih adil kos dan faedah “polisi tenaga kerja bebas merokok”. – AP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments