Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Putera Arab Saudi Saman Majalah Forbes! gara-gara RM93 Bilion!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Putera Arab Saudi Saman Majalah Forbes
RIYADH – Seorang Putera Arab Saudi, menyaman majalah antarabangsa Forbes, kerana kesalahan menyiarkan maklumat palsu mengenai jumlah kekayaan sebanyak AS$20 bilion (RM62 bilion) berbanding jumlah sebenar iaitu AS$30 bilion (RM93 bilion).

Menurut laporan, Putera Alwaleed Talal yang juga salah seorang ahli perniagaan terkaya dunia, mendakwa majalah berkenaan memandang rendah kekayaannya dengan meletakkannya di tangga ke-26 dalam senarai Forbes 2013.
Menurut Alwaleed, jika Forbes mengambil kira jumlah sebenar, kedudukannya akan berubah dalam senarai 10 teratas.
Majalah Forbes turut didakwa melakukan pengiraan tidak tepat sekali gus memaparkan sifat berat sebelah terhadap pelaburan dan institusi kewangan Timur Tengah.
Tiga kakitangan Forbes melibatkan penerbit majalah, Randall Lane dan dua wartawannya disenaraikan sebagai defendan dan kes didaftarkan di Mahkamah Tinggi, London, Britain. -  MailOnline

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments