Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Hidung Dipotong Selepas Sedar Dari Pembedahan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Terkejut Hidung Dipotong Selepas Sedar Dari Pembedahan
NEW YORK – Seorang lelaki memfailkan tuntutan saman ke atas Presiden Lembaga Pembedahan Kosmetik Amerika Syarikat, Dr Angelo Cuzalina selepas mendapati doktor tersebut telah membuang keseluruhan hidungnya dalam satu pembedahan plastik.

Menurut lelaki itu, Vishal Thakkar, dia membuat keputusan untuk menjalani pembedahan berkenaan selepas bercerai pada 2006.
Namun, katanya, pembedahan plastik yang dirancang ke atas hidungnya tidak menjadi malah dia terpaksa membuat lapan pembedahan susulan dalam tempoh beberapa tahun dengan yang terakhir menyaksikan keseluruhan hidungnya dipotong.
Jelas Thakkar, selepas pembedahan pertama, dia mengalami sedikit masalah pernafasan ketika tidur atau bersenam.
Berikutan itu dia merujuk kes berkenaan kepada doktor terbabit dan diminta menjalani pembedahan susulan.
Thakkar mendakwa dia telah memberitahu secara jelas kepada jururawat yang bertugas bahawa dia tidak mahu tulang rawan dalam telinganya diambil.
“Namun selepas saya sedar daripada pembedahan itu, saya mengalami kesakitan yang amat sangat kerana mereka tetap mengambil tulang rawan saya dan kemudiannya menghantar emel memohon maaf.
“Satu lagi pembedahan dilakukan dan mereka kemudiannya mengambil tulang rusuk saya, selepas semua tulang rawan dalam telinga saya diambil,’’ katanya.
Bagaimanapun kejutan terbesar dialami oleh Thakkar ialah selepas dia bangun daripada satu pembedahan pada 2011 apabila hidungnya telah tiada.
“Doktor memaklumkan terdapat jangkitan di hidung saya dan memandangkan saya sudah berada di dalam bilik bedah ketika itu dan tidak sedarkan diri, maka dia membuat keputusan memotong semua hidung saya,’’ katanya.
Thakkar turut memberitahu bahawa dia akan membetulkan semula hidungnya itu.
Sementara itu, dalam justifikasi yang diberikan oleh Dr. Cuzalina pada Ogos tahun lepas, doktor tersebut memberitahu dia enggan lagi melakukan pembedahan ke atas Thakkar selepas ancaman dan gangguan berterusan yang dialami oleh dirinya serta kakitangannya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments