Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Pereka Fesyen Terkenal Hollywood Meninggal Dunia!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Pereka Fesyen Terkenal Hollywood Meninggal Dunia
New York – Dunia fesyen hari ini meratapi kematian pereka fesyen terkenal, Annabel Tollman pada usia 39 tahun, hari ini.

Berita kematian beliau disiarkan melalui twitter oleh editor majalah Paper, Mickey Boardman.
Tollman dilaporkan meninggal dunia ketika tidur akibat darah beku di otaknya, kemungkinan akibat komplikasi susulan pembedahan kecil yang dilakukannya baru-baru ini.
Namun Jabatan Polis New York memaklumkan pihaknya masih menunggu keputusan bedah siasat ke atas Tollman bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.
Mendiang, merupakan pereka fesyen terkenal dengan hasil rekaannya telah digayakan oleh selebriti terkenal Hollywood termasuk Scarlett Johansson, Shakira, Liv Tyler, Mariah Carey, Mary-Kate serta Ashley Olsen dan ramai lahi.
Tollman dilahirkan di Brussels namun dibesarkan di London serta New York dan pernah memegang jawatan tinggi di majalah Wallpaper serta menjadi pengarah fesyen majalah Interview.
Terbaru, mendiang pernah bekerja sebagai pereka fesyen dan jurucakap bagi fesyen eBay.
Tollman pernah dinamakan sebagai pereka fesyen ke 25 paling berpengaruh di Hollywood dan turut diundi sebagai pereka fesyen yang ke-50 paling dikehendaki di New York.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments