Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] cipta sejarah pembedahan hati monyet daripada organ milik babi!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Create History On Monkey Liver Surgery
China – Seekor monyet mencatatkan sejarah selepas ia menjalani pembedahan pemindahan hati daripada organ milik seekor babi yang diklonkan, di hospital Xijing di Xi’an di sini, Khamis lalu.

Bintang berkenaan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil, manakala pembedahan tersebut dianggap sebagai berjaya.
Menurut professor di hospital tersebut, Dou Kefeng, pembedahan itu mengambil masa selama tiga jam dan monyet itu kini mampu bernafas sendiri.
“Monyet itu kini masih dalam pemantauan doktor bagi mengelakkan sebarang masalah,’’ katanya.
Pembedahan itu juga merupakan satu kejayaan besar kepada pembedahan pemindahan organ utama di dunia.
Pakar-pakar perubatan di hospital di China sebelum ini pernah membuat uji kaji ke atas pelbagai monyet dengan melakukan pembedahan pemindahan daripada hati seekor babi, namun ia meninggal dunia dua hari selepas pembedahan itu dilakukan.
Kajian yang sama turut dijalankan di Amerika Syarikat, Jerman, Australia dan Jepun.
Malah satu pembedahan pemindahan jantung dan hati daripada seekor babi yang diklonkan ke atas dua ekor monyet di Korea Selatan hanya mampu bertahan masing-masing 24 jam dan 25 hari sahaja.
Justeru kejayaan yang dicapai oleh hospital di Xijing ini mendapat pengiktirafan dunia.
Hospital tersebut telah memulakan projek kajian klinikal itu sejak empat tahun.
Ia dilakukan selepas jumlah penderma hati di peringkat tempatan dan antarabangsa semakin berkurangan.
Hospital itu dianggap sebagai terbaik memandangkan 300 pembedahan pemindahan hati telah dilaksanakan sejak 1997.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments