Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Kristen Stewart Dikelilingi Kawan Perempuan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Kristen Stewart
LOS ANGELES – Bintang filem Twilight, Kristen Stewart bernasib baik kerana memiliki rakan-rakan perempuan yang mengambil berat tentang dirinya susulan perpisahan aktres berkenaan dengan kekasihnya, Robert Pattinson.

Aktres berusia 23 tahun itu makan malam bersama dengan ditemani beberapa rakan perempuan di sebuah restoran sushi di sini pada Khamis lalu.
Dia kemudian dilihat makan tengah hari bersama seorang wanita berambut perang pada keesokan harinya.
Satu sumber menyatakan, Stewart cuba meluangkan seberapa banyak masa dengan rakan-rakan wanitanya sejak minggu lalu.
“Stewart ingin bersama rakan-rakan karibnya ekoran dia masih bersedih selepas perpisahan tersebut,” kata sumber berkenaan.
Pasangan pelakon itu berpisah tiga minggu lalu selepas Pattinson menamatkan hubungan mereka untuk kali kedua dalam tempoh kurang setahun.
Mereka berpisah untuk seketika pada musim panas tahun lalu apabila Stewart dirakam memeluk pengarah filem Snow White And The Huntsman, Rupert Sanders. – Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments