Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Misteri Dinding Gereja Dihiasi Ribuan Tengkorak Manusia
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post





Kononnya ada seseorang yang mempunyai kekuatan magig sangat tinggi. Ia mengutuk banyak wanita dan kanak-kanak hingga mati. Anehnya, mayat-mayat tersebut menolak untuk dimakamkan di pekuburan lokal. Hingga akhirnya diletakkan di gereja tengkorak ini dan bersemayam di tempat tersebut hingga kini. 
Mungkin kisah di atas hanya khabar agin atau cerita dongeng setempat, kerana tidak ada yang tahu peristiwa sebenarnya, yang jelas banyak tengkorak wanita dan kanak-kanak tergantung di gereja yang disebut: (Capela dos Ossos) - yang bererti: gereja Tengkorak!

Capella dos Ossos berlokasi di Evora, Portugal. Sebuah gereja yang sudah wujud sejak abad ke-16. Tempat ini menjadi unik bin aneh kerana semua dinding berhiaskan tengkorak dan rangka manusia.



Menurut riwayat, di abad 16 terdapat 43 buah pemakaman di Evora. Ketika ada keputusan untuk mehancurkan beberapa pemakaman, 5000 tengkorak biarawan dipindahkan ke Kapel dos Ossos.



Entah bagaimana, timbul idea dari para biarawan digerja dos Ossos untuk menjadikan 5000 tengkorak tadi menjadi bahagian dari dekorasi interior di gereja tersebut. Maksudnya agar menjadi tempat untuk menyepi, agar orang yang datang menyedari suatu ketika kita pasti mati sehingga jangan terlalu sibuk dengan kehidupa duniawi.

Di pintu masuk gereja terpapar tulisan "Nos ossos que aqui estamos, pelos vossos esperamos," yang ertinya kira-kira "Tengkorak kami (sudah) ada di sini, (dan) tengkorak mu yang kami nantikan" menjadi pengingat semua orang suatu ketika akan mati.



Selain di Portugal, ada lagi sebuah gereja di Cekoslowakia yang juga interiornya berhiaskan tengkorak, yaitu Sedlec Ossuary (Kostnice Sedlec). Di tempat ini jumlah tengkoraknya lebih banyak, antara 40.000 - 70.000 tengkorak.


Gereja ini didekorasi di tahun 1870 oleh keluarga Schwarzenberg. Keluarga ini sungguh berminat menghias gereja dengan tengkorak, kerana seorang tukang disewa agar hasilnya memuaskan.
Lihat foto-foto di bawah, tengkorak-tengkorak disusun rapi menjadi hiasan bernilai seni. Walau mungkin ada di antara kita yang tetapmenggigil kerana dikelilingi ribuan tengkorak...sumber










About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments