Megan Hume, 10, perlu melupakan niatnya bermain dengan teman-teman sebayanya. Dia hanya boleh meringkuk di ruang gelap. Mengelakkan sinar matahari yang seolah racun ganas bagi tubuhnya.
Reaksi alergi yang cukup parah setiap kali tubuhnya terkena sinaran cahaya. Hanya beberapa minit berada di luar rumah bahkan boleh membuatnya merasa kesakitan yang luar biasa. Kulitnya melepuh dan membengkak seperti terkena luka terbakar.
Tidak hanya cahaya matahari, ia juga menjadi sangat sensitif dengan pelbagai sumber cahaya. Mulai dari cahaya lampu hinggakan cahaya skrin televisyen. "Menonton televisyen sekitar satu jam saja sudah boleh mencipta reaksi alergi yang sungguh buruk," jelas si ibu, Michelle, dipetik dari mirror.co.uk.
Penderitaan bermula 22 Julai lalu. Ketika Megan terkena ruam di lehernya. "Kami harus selalu menjaga dia di dalam ruang gelap. Kami sudah berputus asa mencari penyebabnya, apatah lagi setiap kali melihat Megan yang mulanya memberontak kerana merasa terkurung."
Keluarga terpaksa memasang tirai rumah secara kekal. Melapisi tingkap dan pintu dengan pelapis gelap untuk mencegah cahaya masuk. "Perjalanan keluar rumah malam hari juga tidak selamat kerana ada cahaya bulan dan lampu penerang jalan," ujarnya.
Sementara menunggu hasil analisis doktor, Megan terus mengambil ubat dan menyapu krim khas 20 kali sehari untuk mengurangkan kesan alergi. Dan, jika terpaksa keluar rumah untuk berubat, ia harus menutup seluruh permukaan kulitnya dengan pakaian, memakai kacamata hitam, dan payung pelindung berwarna hitam.
Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Tagged with: [Wow] - Kisah Hidup
About Unknown
PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment