Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Kerani Mengantuk ‘Terpindah’ €222,222,222! ke akaun pesara!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Kerani Bank Mengantuk 'Terpindah' €222,222,222.22 Ke Akaun Orang Lain!
SEORANG pekerja bank yang mengantuk dengan tidak sengaja memasukkan wang berjumlah €222,222,222.22 (RM928,888,888) ke dalam akaun seorang pesara selepas tertidur dengan jarinya menekan pada butang ‘2’.

Bagaimanapun, pemilik akaun itu yang menyedarinya mengembalikan semula wang berkenaan.
Tertekan Butang Nombor 2 Di Komputer, Kerani Bank 'Pindah' €222,222,222.22 Ke Akaun Orang Lain!
Kes itu dikesan selepas seorang penyelia bank berkenaan di Hassen, Jerman dipecat kerana tidak mengesan kesilapan dalam pemindahan itu.
Penyelia wanita berusia 48 tahun itu bagaimanapun mendakwa ketuanya di mahkamah buruh dengan mendakwa pemecatannya dilakukan secara tidak adil.
Menurutnya, kesilapan itu berlaku selepas dia memeriksa lebih 800 dokumen.
Dalam keputusannya semalam, mahkamah berkata, wanita itu sepatutnya diberi amaran, bukan dipecat.
Mahkamah juga mengarahkan supaya dia diambil bekerja semula.
Bank tidak dinamakan itu menuduh pekerja berkenaan hanya menyelak dokumen, tanpa memeriksanya secara teratur. – The Sun

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments