CARACAS - Beribu-ribu rakyat Venezuela sanggup memuat turun aplikasi di telefon pintar masing-masing bagi mencari tisu tandas.
Beberapa bulan kebelakangan ini, bekalas tisu tandas semakin berkurangan dengan kekangan ekonomi yang menyalahkan kerajaan kerana mengenakan kawalan harga yang agak melampau ke atas barang keperluan harian itu.
Aplikasi di telefon pintar itu membolehkan mereka mengetahui pasar raya yang mempunyai stok tisu tandas yang banyak.
Aplikasi yang dikenali sebagai ‘Supply Me’ boleh dimuat turun secara percuma menerusi aplikasi Android dan ia sudah dimuat turut lebih 12,000 kali.
Pencipta aplikasi, Jose Augustus Montiel berkata, kebanyakan aplikasi dimuat turun oleh penduduk dari Caracas.
No comments
Post a Comment