LONDON – Geneva tahun ini telah mengatasi kota glamor Paris bagi kategori destinasi pelancongan termahal dunia.
Perkara ini dinilai melalui Indeks Club Sandwich yang dijalankan oleh Hotels.com, yang menilai harga sandwich di hotel seluruh dunia bagi menentukan destinasi perlancongan tersebut adalah mahal atau sebaliknya.
Harga jualan sandwich menjadi ukuran memandangkan kesemua hotel menyediakan sandwich sebagai menu rutin dan harian buat pelanggan mereka.
Memandangkan kerana kesemua hotel menyediakan sandwich sebagai menu rutin dan harian buat pelanggan mereka.
Menurut indeks tersebut, kebanyakan sandwich di hotel tiga hingga lima bintang di Geneva mengenakan bayaran sebanyak US$30.45 (RM95.70).
Indeks tersebut mengira purata harga sandwich yang dijual oleh 30 buah hotel bagi setiap bandar utama di seluruh dunia.
Keputusan bagi tahun kedua indeks ini dijalankan menunjukkan bahawa harga sandwich dilihat semakin merudum.
Walaupun kadar sandwich di Geneva kini berada di tangga teratas, harga tersebut masih lagi rendah berbanding dengan purata harga sandwich yang dikenakan di Paris tahun lalu, US$33.10 (RM104.20).
Tahun ini, purata harga sandwich di Paris adalah sebanyak US$27.45 (RM46.80).
Berikut adalah kadar purata harga sandwich bagi 10 bandar termahal dunia menurut Indeks Club Sandwich:
1. Geneva US$30.45 (RM95.70)
2. Paris US$27.45 (RM46.80)
3. Oslo US$26.72 (RM84.10)
4. Stockholm US$23.12 (RM72.80)
5. Copenhagen US$22.33 (RM70.30)
6. Rome US$22.26 (RM70.10)
7. Tokyo US$20.70 (RM65.20)
8. London US$20.65 (RM65.00)
9. Sydney US$20.53 (RM64.60)
10. Hong Kong US$19.80 (RM62.30).
2. Paris US$27.45 (RM46.80)
3. Oslo US$26.72 (RM84.10)
4. Stockholm US$23.12 (RM72.80)
5. Copenhagen US$22.33 (RM70.30)
6. Rome US$22.26 (RM70.10)
7. Tokyo US$20.70 (RM65.20)
8. London US$20.65 (RM65.00)
9. Sydney US$20.53 (RM64.60)
10. Hong Kong US$19.80 (RM62.30).
No comments
Post a Comment