Penyanyi terkenal, Demi Lovato mahu syarikat mainan terkemuka, Mattel supaya menghasilkan patung Barbie yang kelihatan seiras seperti dirinya.
Lovato malah menggesa peminat bagi membantunya memenuhi impian tersebut bersempena hari ulangtahun kelahirannya yang ke 21 pada 20 Ogos depan.
Penyanyi remaja itu telah menulis di akaun Twitternya pada Isnin lalu dengan menyatakan, “salah satu daripada impian besar saya setelah mengumpul koleksi patung Barbie sejak kecil adalah untuk mendapatkan sebuah patung Barbie yagn kelihatan seperti saya… termasuk berat serta ketinggian (yang sama seperti dirinya).
“Lovatics (panggilan bagi peminat beliau), pastikan @BarbieStyle jadikan impian saya sebagai realiti!”.
Antara selebriti lain yang telah direka sebagai koleksi patung Barbie termasuk Kate Middleton, Cher, Barbara Streisand, Marilyn Monroe dan Faith Hill.
No comments
Post a Comment