Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Harun tulis terbalik! Unik dan berbakat!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Harun tulis terbalik
PASIR MAS – Unik. Itulah yang digambarkan oleh kebanyakan penduduk, selepas melihat gelagat seorang warga emas di Kampung Slow Kulim, di sini, menulis setiap huruf secara terbalik.


Harun Awang Besar, 69, berkata, setiap kali menulis, dia terpaksa memusing buku, agar rakan-rakannya dapat membaca tulisannya dengan baik.

Menurutnya, dia mula menyedari mempunyai kebolehan ini sejak di bangku sekolah, iaitu pada tahun 1951 lalu.

“Kawan-kawan dan guru saya ketika itu, tak mengusik sebaliknya memahami masalah yang saya hadapi.

“Saya bukan sahaja menulis nombor dan huruf, malah tandatangan juga akan dibuat secara terbalik,” katanya.

Namun, berbeza pula ketika menulis tulisan jawi kerana dia dapat menulis dengan baik, tanpa perlu menterbalikkan buku tersebut.

Meskipun beberapa anaknya kidal namun Harun berkata, mereka tidak mempunyai kebolehan sepertinya.

“Saya dah periksa dengan doktor, namun mereka kata saya tidak mempunyai sebarang penyakit.

“Ini kerana, saya dapat membaca dengan baik, tanpa menterbalikkan buku tersebut terlebih dahulu,” katanya, semalam.
 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comment

Nass said...

saya ada kawan, dia pun tulis terbalik, sama macam tu. tulisan dia lagi cantik dari tulisan saya.