Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Suami Anggota Polis Dipukul Ketika Hendak Mengundi, Disangka Warga Asing!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Suami Anggota Polis Dipukul Ketika Hendak Mengundi, Disangka Warga Asing

RAWANG – Suami kepada seorang anggota polis wanita mendakwa dia dipukul oleh sekumpulan individu yang tidak dikenali di pusat pengundian di sini.
Tajudeen N. Anver Dacha,50, seorang rakyat Malaysia berkata insiden tersebut berlaku ketika dia sedang berjalan menuju ke Dewan Serbaguna Rawang untuk membuang undi
“Saya didatangi oleh sekumpulan lelaki dan wanita yang mendakwa saya pendatang asing.
“Mereka melemparkan pelbagai tuduhan kepad saya sebelum saya disepak di bahagian belakang dan dipukul oleh salah seorang daripada mereka,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Tajudeen berkata beliau berasa takut akan keselamatannya dan kecewa apabila dinafikan hak untuk mengundi sebagai rakyat Malaysia yang sah.
“Saya dilahirkan di Taiping, Perak. Mengapa ada orang mahu menghalang saya daripada mengundi.
“Ini satu bentuk diskriminasi terhadap saya hanya kerana saya orang India Muslim yang mempunyai kulit cerah,” katanya.
Tajudeen berkata dia telah membuat laporan polis di balai polis Rawang.
“Saya akan balik ke sana dan mengundi secepat mungkin sebaik sahaja saya selesai membuat laporan polis,” katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments