Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pasangan pengantin sempat mengundi!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Ipoh: Tarikh 5 Mei menjadi hari bersejarah kepada pasangan pengantin, Roslizam Sabarmasilu, 32, dan Nurrul Ain Razali, 24, apabila mereka tidak hanya bersanding, malah turut diarak ke pusat mengundi untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13).
Pasangan terbabit yang melangsungkan perkahwinan di Dewan Komuniti Taman Perpaduan, Tambun, di sini, semalam, sanggup meluangkan masa berbaris bersama pengundi lain dengan lengkap berpakaian pengantin pada jam 3.45 petang semalam.
Pasangan pengantin baru itu menarik tumpuan ramai pengundi di Sekolah Kebangsaan Taman Perpaduan, apabila muncul dengan menaiki kereta vintaj diiringi pengapit masing-masing.
Roslizam berkata, dia sangat teruja menjalankan tanggungjawab mengundi sebagai rakyat Malaysia selain berkongsi detik manis ini bersama pengundi lain.

Menurutnya, pemilihan tarikh majlis perkahwinan sudah lama dirancang keluarga kedua-dua belah pihak sejak majlis pertunangan mereka bulan Disember tahun lalu.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments