Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Peniaga Tipu Daging Tikus Dijual Sebagai Kambing!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Peniaga
Beijing – Mula-mula penduduk di China dikejutkan dengan kematian lebih 20,000 ekor babi yang ditemui terapung di Sungai Huangpu, iaitu sumber air utama bagi mereka yang menetap di Shanghai.
Kemudian rakyatnya dikejutkan lagi dengan kematian beribu-ribu ekor itik di Sungai Nanhe.
Terbaru, mereka menerima kejutan baru apabila peniaga di timur China telah menipu orang ramai dengan menjual daging tikus yang didakwa sebagai kambing.
Setakat ini 63 suspek telah ditahan melibatkan skandal bernilai hingga $1.6 juta.
Peniaga tersebut dikatakan telah menggunakan gelatin, darah babi dan nitrat untuk menjadikan daging tikus kelihatan seolah-olah seperti daging kambing.
Skandal ini mendapat kecaman penduduknya sehingga timbul persoalan kenapa perkara itu hanya dapat dibongkarkan selepas suspek membuat keuntungan hingga jutaan dolar.
Menurut seorang professor di Universiti Remnin, Mao Shaolong berkata, biarpun pengeluaran produk makanan China semakin berkembang dengan kaedah teknologi baru, namun negara itu tetap berdepan masalah.
Justeru ia perlu menggunakan teknologi yang lebih canggih untuk mengatasi masalah penipuan ini.
Isu daging tercemar merupakan masalah yang berterusan di China malah ada pengguna di Shaanxi dilaporkan meninggal dunia slepas makan daging kambing yang tercemar dengan racun perosak.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments