Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [WOw] Ibu Saudara Tupac Dalam Senarai Pengganas FBI !
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Joanne Chesimard
Los Angeles – Ibu saudara kepada ikon rap, Tupac Shakur, menjadi wanita pertama yang disenaraikan oleh FBI sebagai pengganas paling dikehendaki.
Joanne Chesimard, 65, sebelum ini telah didapati bersalah membunuh seorang anggota polis pada 1977 namun berjaya melarikan diri dari penjara dan bersembunyi di Cuba.
FBI kini menawarkan ganjaran sebanyak $2 juta dolar ke atasnya.
Wanita itu dikategorikan sebagai `pengganas tempatan’ biarpun dia dikatakan tidak lagi memberikan ancaman.
Chesimard yang juga ibu angkat kepada Tupac, iaitu ikon rap yang telah meninggal dunia pada 1990-an dalam satu insiden tembakan, kini dikatakan telah menukar nama kepada Assata Shakur.
Wanita itu telah diberikan suaka politik oleh kerajaan Cuba pada 1984.
Chesimard, telah dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh Werner Foerster, dan dihantar ke penjara di West Virginia.
Namun dia berjaya melarikan diri pada 1979 dengan bantuan tiga orang yang melawatnya, dan mereka telah menjadikan seorang warden penjara sebagai tebusan sebelum memaksa pintu penjara dibuka.
Sementara peguamnya pula mendakwa, Chesimard tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dan dia diadili berdasarkan perkauman.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments