Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Kapal selam canggih kedua Singapura mula operasi!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Singapura: Sebuah lagi kapal selam paling canggih republik ini diisytiharkan siap untuk pertempuran kelmarin.
Ia sekali gus mengukuhkan lagi kekuatan tentera laut republik berkenaan dalam peperangan di bawah permukaan air.

RSS Swordsman ditauliahkan selepas dua tahun menjalani ujian dan latihan tembakan torpedo di Sweden dan di perairan lebih panas dan kakis di sini.

Kapal berkuasa diesel-elektrik sepanjang 60.5 meter itu adalah kapal selam kedua kelas Archer yang akan menyertai Skuadron 171 Tentera Laut Republik Singapura selepas RSS Archer diisytiharkan beroperasi pada 2011.
Skuadron kapal selam itu juga mempunyai empat kapal selam kelas Challenger.

Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam yang hadir pada majlis pentauliahan di Pangkalan Tentera Laut Changi berkata, upacara itu menandakan berakhirnya usaha tentera laut republik berkenaan untuk menggantikan sebahagian kapal selam kelas Challenger yang dibina pada 1960-an.

Menurutnya, kapal selam baru itu akan mengukuhkan keupayaan tentera laut Singapura mempertahankan laluan maritim Singapura .

“Daripada 80 peratus perdagangan dunia hari ini yang dilakukan menerusi jalan laut, lebih separuh daripadanya belayar menerusi Asia Tenggara.

“Tetapi industri perkapalan global kini berdepan dengan ancaman lanun dan keganasan maritim,” kata Tharman yang juga Menteri Kewangan.
Menurutnya, pertelingkahan merebut wilayah perairan juga berpotensi untuk menggugat kestabilan rantau ini, sekali gus mengancam kapal perdagangan.

“Untuk menangani ancaman seumpama itu dengan penuh yakin, Singapura membina pasukan pertahanan yang kuat menerusi pelaburan berterusan dan membenarkan pembelian senjata seperti kapal selam,” katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments