BEIJING – China dijangka akan menjalankan latihan ketenteraan berbentuk teknologi digital yang pertama pada Jun ini. Ini berikutan daripada tercetus kebimbangan di Washington dan beberapa negara lain mengenai serangan penggodam di negara republik Asia itu.
Satu laporan ringkas agensi berita Xinhua berkata, latihan itu akan dijalankan di wilayah utara China iaitu sebuah kawasan di rantau Mongolia.
Latihan ketenteraan tersebut meliputi ujian pertempuran baharu yang menggunakan teknologi digital sebagai usaha menyesuaikan dengan perang informasi itu.
“Ini merupakan buat kali pertama Tentera Liberasasi Rakyat itu memberi tumpuan terhadap pasukan pertempuran termasuk unit digital, pasukan operasi khas, tentera udara dan pasukan saingan elektronik,” kata laporan berbahasa Inggeris itu.
Sementara itu, Presiden Barack Obama pula dijangka turut mengadakan perbincangan mengenai sekuriti siber bersama Presiden Xi Jinping ketika menghadiri satu mesyuarat di New York pada minggu depan.
Pihak Pentagon juga menyuarakan rasa bimbang dalam satu laporan kepada Kongres pada awal bulan ini dan menyatakan bahawa China menggunakan kaedah pengintipan siber untuk memodenkan tenteranya.
Kata Pentagon lagi, kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah menjadi sasaran pencerobohan tersebut yang berhubung kait secara langsung dengan kerajaan dan tentera China. – Reuters
No comments
Post a Comment