Tasmania – Kecurangan seorang wanita dengan anak teman lelakinya akhirnya terbongkar selepas aksi mereka melakukan hubungan sulit dirakamkan oleh kamera yang dipasang oleh teman lelakinya .
Tujuan pemasangan kamera itu sebenarnya untuk merakamkan gambar hantu di rumah mereka.
Lelaki tersebut tidak menyangka bahawa teman wanitanya selama 11 tahun itu sanggup menduakannya dengan anaknya sendiri yang ketika itu berusia 16 tahun.
Rupa-rupanya wanita itu sudah menggoda remaja berkenaan sejak bulan Oktober lalu.
Marah dengan tindakan wanita berkenaan, lelaki itu membuat laporan polis.
Susulan itu, wanita tersebut telah dihukum penjara selama enam bulan dan diarahkan menjalani rawatan pemulihan seks di sebuah klinik di Tasmania.
Ketika perbicaraan diadakan, mahkamah mendengar bagaimana wanita itu cuba memikat remaja terbabit melalui facebook dengan menggunakan nama palsu.
Dalam pada itu, peguam bela wanita tersebut memberitahu, anak guamnya kini mempunyai seorang anak berusia 18 bulan hasil hubungan dengan teman lelakinya.
“Dia kini mengalami kemurungan yang teruk kerana terpaksa merengkuk di penjara,’’ kata peguamnya.
No comments
Post a Comment