Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Warga Korea Selatan Dihalang Ke Kaesong (Korea Utara)
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Korea Selatan
Seoul – Korea Utara semalam, menyekat rakyat Korea Selatan daripada memasuki kompleks Kaesong, sebuah zon industri kerjasama penting sebagai reaksi balas terhadap kecaman Washington yang menyifatkan tindakan Pyongyang sebagai berbahaya dan membuta tuli.
Tindakan terbaru Korea Utara juga dipercayai sebagai reaksi terhadap sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pihak berkuasa Korea Selatan berkata, Korea Utara memaklumkan bahawa ia menghentikan pergerakan harian warga Korea Selatan ke Kaesong, 10 kilometer di bahagian sempadan Utara.

Bagaimanapun, ia akan membenarkan 861 warga Korea Selatan yang berada di sana untuk beredar, kata mereka.

Gesa henti sekatan

Jurucakap Kementerian Perpaduan, Kim Hyung-Suk, menggesa Utara memulihkan pergerakan ke Kaesong dengan segera dan menyifatkan tindakan Korea Utara sebagai ‘amat dikesali.’

Tidak jelas berapa lama larangan kemasukan itu akan berkuat kuasa.

Kementerian berkata, 46 penduduk Korea Selatan kembali dari Kaesong lewat semalam, dengan beratus-ratus lagi memilih untuk terus berada di sana bagi memastikan syarikat mereka beroperasi dengan lancar.

Kebanyakan warga Korea Selatan tinggal di Kaesong selama beberapa hari.
Kira-kira 53,000 rakyat Korea Utara bekerja di 120 kilang Korea Selatan di kompleks itu yang masih beroperasi seperti biasa semalam.

Sebarang perubahan di Kompleks Kaesong yang ditubuhkan pada 2004 dan sumber kewangan penting Korea Utara, akan memberi kesan besar selain mampu meningkatkan ketegangan antara kedua-dua negara.

Kedua-dua Korea tidak membenarkan krisis sebelum ini menjejaskan kedudukan Kaesong, contoh wujud kerjasama dalaman Korea dan dilihat sebagai satu teladan politik untuk kestabilan semenanjung Korea.

Tindakan ketenteraan

Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata, ia mempunyai pelan kontingensi termasuk tindakan ketenteraan untuk memastikan keselamatan ratusan rakyat Korea Selatan yang ketika ini bekerja di kompleks itu.

Pengurus kilang pembuatan jam di Kaesong, Lee Jae-Young, adalah antara mereka yang dihalang daripada menyeberang masuk ke Utara, semalam.

“Saya berasa bimbang dengan keadaan rakan saya di sana. Ini adalah satu situasi kecemasan dan ia tidak kelihatan bagus.

“Ini mungkin masalah besar buat perniagaan kami yang memerlukan penghantaran kerap bahan mentah ke Kaesong untuk pengeluaran,” katanya.
Seorang pengurus syarikat Korea Selatan yang masih berada di Kaesong, Kim Dong-Kyu, kelihatan lebih tenang.

“Suasana di sini seperti biasa. Tidak kelihatan kompleks akan ditutup seperti yang saya tahu,” kata Kim. – AFP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments