Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Penjaga tempat letak kereta Dipecat Kerana Rakam Gambar Pesalah !!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

                                  Steven Jarvis
London – Seorang penjaga tempat letak kereta dibuang kerja selepas memberi jaminan bahawa saman letak kereta yang dikenakan ke atas pemilik kenderaan akan dibatalkan jika mereka bergambar dengan kertas saman berkenaan.
Steven Jarvis, 35, berjaya menyakinkan beratus-ratus pemilik kenderaan selama dua tahun bahawa dia mampu menyelesaikan saman tersebut.

Sehingga kini, dia berjaya mengumpul 200 gambar melibatkan pemilik kenderaan terbabit dan bercadang untuk mengumpulnya di dalam satu buku.

“Saya memberita pemilik kenderaan yang disaman itu bahawa ia merupakan projek saya dan saya boleh menggunakannya sebagai penjelasan dalam rayuan mereka kelak.

“Sebab itulah ramai yang bersetuju untuk bergambar bersama dengan surat saman tersebut,’’ katanya yang nyata tidak berpuas hati kerana dipecat.

Jarvis yang mempertikaikan keputusan pemecatannya turut mendakwa majikannya, NSL mengetahui mengenai perbuatannya yang suka mengambil gambar berkenaan sejak setahun lalu.

“Majikan saya mendakwa bahawa mereka tidak selesa dengan tindakan saya yang merakamkan gambar terbabit.

“Saya rasa gambar itu menarik dan kelakar,’’ katanya.

Dalam pada itu, jurucakap NSL memberitahu, Jarvis dipecat bukan hanya disebabkan dia merakamkan gambar berkenaan malah kerana sebab-sebab lain.
“Kami masih menyiasat perbuatannya itu tetapi dalam kes ini adalah jelas bahawa Jarvis tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Malah gambar yang diambilnya itu langsung tidak memberikan kesan kepada kes rayuan yang dibuat oleh pemilik kenderaan terbabit,’’ katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments